Antara cabaran utama petugas kesihatan adalah apabila berdepan dengan pesakit yang sedang berada di penghujung usia. -Gambar hiasan AI
BEKERJA dalam bidang penjagaan kesihatan sering kali menuntut kekuatan emosi yang tinggi.Apatah lagi ramai petugas perlu berdepan bukan sahaja situasi cemas, malah menyaksikan sendiri detik-detik penghujung hayat seseorang pesakit. Pengalaman itu yang dikongsikan seorang ahli fisioterapi apabila firasatnya ketika mengurut seorang pesakit wanita di wad hospital menjadi kenyataan selepas arwah menghembuskan nafas terakhir seminggu kemudian.Menerusi hantaran di platform Threads, wanita itu berkata pesakit berkenaan pada awalnya mendapatkan rawatan fisioterapi dengannya bagi mengatasi masalah sakit belakang.Sebagai petugas kesihatan, mereka tentunya secara langsung mewujudkan hubungan emosi bersama pesakit. -Gambar hiasan AI Namun, selepas menjalani empat sesi rawatan, wanita tersebut terpaksa juga dikejarkan ke hospital.Pesakit itu akhirnya disahkan menghidap kanser berulang.Menurut pengamal perubatan itu, dia berkesempatan menziarahi arwah yang ketika itu ditahan di wad dan sempat menunaikan permintaan wanita berkenaan yang mahu diurut."Masa dia ditahan di wad, ada kesempatan untuk pergi melawat. Dia minta urut sebab katanya sentuhan saya sangat menenangkan."Masa saya tengah urut dia di wad hari itu, naluri saya sebagai ahli fisioterapi dah dapat rasa yang itu mungkin kali terakhir saya pegang dan legakan sakit dia. Seminggu kemudian, dia meninggal dunia," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Dapat MC tapi gigih masuk pejabat... HOD ditemukan meninggal dunia atas kerusiARTIKEL BERKAITAN: Wanita 28 tahun mengadu sakit lutut, maut selepas diberi suntikan di pusat kesihatanTambah individu berkenaan lagi, seminggu sebelum pemergian arwah, dia masih sempat bertanya khabar menerusi aplikasi WhatsApp dan langsung tidak menyangka wanita itu akan pergi secepat itu.Baginya, menyedari petanda pesakit bakal pergi adalah cabaran paling berat, tetapi dia tetap bersyukur kerana sempat memberi kelegaan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir."Bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan ini mengajar saya satu benda, kadang-kadang sentuhan kita bukan lagi untuk sembuhkan penyakit, tapi untuk beri keselesaan dan ketenangan terakhir buat seseorang."Saya bersyukur sempat beri kehangatan dan keselesaan itu pada hari-hari terakhirnya. Al-Fatihah," tulisnya.Firasat seorang ahli fisioterapi mengenai keadaan pesakitnya yang bakal pergi buat selama-lamanya menjadi kenyataan.Pesakit wanita itu pada awalnya mendapatkan rawatan sakit belakang sebelum disahkan kembali menghidap kanser di hospital.Pengamal perubatan tersebut sempat melawat dan menunaikan permintaan terakhir arwah yang mahu diurut di wad.Nalurinya kuat mengatakan sesi urutan itu adalah sentuhan terakhir sebelum pesakit meninggal dunia seminggu kemudian.Perkongsian menyentuh hati itu turut meraih ucapan terima kasih daripada ahli keluarga terdekat Allahyarham.Ringkasan berita ini dijana oleh AIHantaran tersebut turut meraih perhatian keluarga terdekat Allahyarham yang tampil mengucapkan terima kasih kepada ahli fisioterapi berkenaan atas kesudiannya menyantuni arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir."Saya anak sedara arwah dan arwah sangat kuat nak lawan sakit tu. Setiap minggu pergi melawat, arwah selalu dengan positive vibe."Terima kasih daripada pihak keluarga sebab berbuat baik and menolong arwah sepanjang di hospital," katanya.Sebagai peringatan bersama, kematian adalah sebahagian daripada ilmu ghaib yang menjadi rahsia mutlak Allah SWT.Umat Islam dinasihatkan agar tidak terlalu sibuk meneka atau mencari-cari tanda kematian.Sebaliknya, fokus utama perlulah diberikan kepada persiapan amalan kerana ajal boleh datang secara tiba-tiba tanpa memberikan sebarang petunjuk fizikal terlebih dahulu.