PENYANYI Taylor Swift didakwa pernah menjadi individu popular yang gemar meminggirkan pelajar lain ketika zaman persekolahan, berbeza dengan pengakuannya sebelum ini bahawa dia sering menjadi mangsa buli.Menurut laporan Vanity Fair, dakwaan itu dibuat oleh bekas rakan sekelasnya, Chanice Skinner, yang mendakwa Taylor sentiasa berada dalam kelompok pelajar popular ketika mereka bersekolah di Wyomissing Area Junior/Senior High, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Malah, Skinner mendakwa penyanyi itu seolah-olah tidak mengendahkan pelajar lain yang bukan sebahagian daripada kumpulan rakannya.Taylor didakwa tidak menjadi mangsa buli."Jika anda bukan sebahagian daripada kumpulan rakannya, anda seolah-olah tidak wujud di mata Taylor," katanya. Dalam pada itu, Skinner mengakui terkejut apabila menonton iklan yang dibintangi Taylor pada 2010 kerana penyanyi itu berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli.ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Taylor Swift sangat melampau! Justin Bieber tampil pertahan bekas pengurusARTIKEL BERKAITAN: Travis Kelce anggap perkahwinan dengan Taylor Swift ‘malam terbaik’ dalam hidup"Saya seperti, 'Awak juga sebahagian daripada mereka. Apa yang awak cakapkan? Kalau ada pun, awak sebenarnya salah seorang pembuli itu,'" ujarnya.Lebih mengejutkan, seorang eksekutif industri muzik yang enggan identitinya didedahkan turut mendakwa sikap berkenaan masih ditunjukkan Taylor selepas dia mengecapi populariti dalam industri muzik.Individu itu menyifatkan Taylor seperti watak Regina George dalam filem Mean Girls, yang terkenal dengan sikap manipulatif serta gemar membuli orang lain.TONTON VIDEO PILIHAN!