PELAKON Shiqin Kamal kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Mika Irfan Nojey selepas selamat melangsungkan majlis akad nikah di Glam Hall Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 35, dinikahkan dengan Irfan, 28, yang merupakan seorang jurulatih sukan memanah dan berkuda dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan itu disempurnakan oleh abang pengantin perempuan, Firoz Deen dengan bersaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Damansara Perdana, Abd Salam Mahmud.Shiqin kini bergelar isteri orang.Pasangan sama cantik sama padan itu tampil sedondon mengenakan busana serba putih pada hari bahagia mereka.Menerusi majlis berkenaan, Irfan menyerahkan mas kahwin sebanyak dua dinar emas kepada Shiqin.Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan, manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.ARTIKEL BERKAITAN: Shiqin Kamal belajar tentang hidup dengan tunggang kuda, belum terfikir cari pasangan ARTIKEL BERKAITAN: Shiqin Kamal dah masuk kelas Muay Thai, buat persiapan nak jadi Angelina Jolie MalaysiaAntara hantaran yang menarik perhatian termasuk peralatan sukan padel pickleball serta kelengkapan memanah.Lebih istimewa, pasangan itu memilih 25 November sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami isteri yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Shiqin.Majlis akad nikah tersebut berlangsung secara tertutup dengan kehadiran kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.Majlis pernikahan Shiqin serba ringkas dengan dihadiri hanya 100 ahli keluarga dan kenalan rapat.Untuk rekod, Shiqin dan Irfan mula berkenalan sejak lebih setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.Pasangan berkenaan difahamkan telah mengikat tali pertunangan pada 29 Ogos lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.