suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah sudah bertukar tangan, tapi pemilik baharu terkejut dapat notis sita... Rupanya ada perkara terlepas pandang!

Pemilik yang gagal melunaskan kewajipan cukai berisiko menyebabkan kediaman mereka disita. -Gambar hiasan AI

SIKAP segelintir pemilik hartanah yang mengambil ringan urusan pembayaran bil dan cukai kediaman boleh mengundang masalah apabila berlaku tunggakan terkumpul sehingga menyebabkan tindakan sitaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Situasi itu dialami seorang pemilik rumah yang panik selepas menerima notis sitaan daripada majlis perbandaran serta surat amaran daripada pihak pengurusan akibat tunggakan bayaran yang hampir mencecah dua tahun.

Kisah itu dikongsikan sebuah firma guaman, Jamalaiyah Hidayah & Co. menerusi hantaran di laman Threads.

"Pemilik rumah panik, hubungi kami sebab dapat notis sita daripada Majlis Perbandaran dan surat amaran dari pihak pengurusan.

"Apabila semak, rupa-rupanya ada tunggakan hampir dua tahun," tulis firma tersebut.

Hasil semakan lanjut mendapati, meskipun rumah terbabit dibeli daripada pemilik lama, tunggakan tersebut kekal di bawah tanggungjawab pemilik baharu.

Ini kerana pemilik lama sudah melangsaikan kesemua bil secara prorate sebelum menyerahkan kunci kepada pembeli.

"Bermakna, pemilik baharu yang perlu bayar semua bil. Cuma, pemilik baharu mendakwa dia tidak tahu menahu mengenai tanggungjawab menjelaskan bil dan cukai tersebut," jelas hantaran itu lagi.

Sehubungan itu, firma guaman terbabit menasihatkan semua pembeli rumah, khususnya bagi hartanah subsale, agar tidak memandang remeh sebarang urusan pembayaran bil atau cukai selepas memiliki kediaman.

Peka terhadap jadual bayaran cukai dan bil

Menurut firma itu lagi, situasi sebegini kerap berlaku dalam kalangan pembeli rumah pertama yang rata-ratanya masih kurang arif mengenai tanggungjawab kewangan selepas pemilikan kediaman.

"Ayat biasa yang kami dengar daripada pembeli, terutamanya pembeli rumah pertama ialah... tahun pertama beli rumah, semuanya okay sahaja.

"Cukai pintu, cukai tanah, dan Indah Water semua selesai dibayar uptodate sebab peguam sudah bantu kirakan dan pastikan tiada tunggakan bermula dari tarikh pembeli terima kunci," kongsinya.

Bagaimanapun, masalah timbul pada tahun kedua apabila pemilik mula menerima notis atau saman tunggakan sekitar pertengahan tahun.

"Ada tunggakan cukai tanah, cukai pintu, dan Indah Water. Alasan pembeli ialah bil tidak sampai ke rumah, jadi mereka sangka tidak perlu bayar apa-apa. Tahu-tahu sudah sampai notis saman atau notis sita," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, firma berkenaan menasihatkan pemilik baharu agar lebih peka terhadap jadual pembayaran wajib bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit:

Cukai Tanah: Dibayar setahun sekali (sebelum bulan Februari setiap tahun).

Cukai Pintu: Dibayar dua kali setahun (Penggal Pertama: sebelum akhir Februari; Penggal Kedua: sebelum akhir Ogos).

Indah Water (Utiliti): Bil dikeluarkan dua kali setahun (setiap enam bulan).

Artikel Lain